Dec 8, 2009

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran

"Aduh..doktor, tolong..mannyak sakit ini kaki woo.."

"Itulah lu..apa pasal pegi bawak motor laju-laju. Itu kalau lu bawak slow-slow pun boleh sampai jugak apa..sabar sikitla..kami kalau orang Islam, nabi kami ajar sabar tu separuh daripada iman!"

"Wa bukan bawak laju pasal wa talak sabar doktor. Wa mau pegi tandas woo..sula talak tahan lagi."

"Wo..itu pasal ka..lain kali lu jangan tahan-tahan tau. Bahaya, boleh kena batu karang!"



Suasana wad umum hospital amat sibuk. Pagi yang amat memenatkan bagi mereka yang berkhidmat mengabdikan diri buat orang lain. Suatu pekerjaan yang amat berat jika dilakukan hanya demi ganjaran berupa gaji ataupun wang semata. Tetapi akan menjadi sesuatu yang amat membahagiakan jika dilakukan untuk membahagiakan orang lain. Apakah yang lebih membahagiakan apabila melihat manusia-manusia yang kembali sihat dengan asbab bantuan daripada diri kita? Itulah erti hidup pada memberi. Kita akan paling bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain.

'Ya-Allah, bantulah aku untuk memberikan yang terbaik kepada para pesakit ini. Sihatkanlah mereka dan jadikan mereka hamba-hamba yang bersyukur.' Azrif bermonolog.

Merupakan tugas bagi graduan sekolah perubatan untuk mengabdikan diri di hospital kerajaan di tanah air. Tahun-tahun awal bagi pelajar perubatan yang baru menamatkan pengajian amat memenatkan. Melayan karenah pesakit, on call yang tidak mengenal erti kepenatan dan kelelahan, tugas-tugas yang perlu dilaksanakan yang terkadang melebihi 36 jam kerja lalu pulang ke rumah nyawa-nyawa ikan dan 1001 lagi bentuk 'penyiksaan' bagi seseorang yang bergelar doktor perlu dihadapi. Namun jika semua itu dianggap sebagai ibadah, bahawa segala pengorbanan ini diganjari pahala sebanyak-banyaknya oleh Allah SWT dan betapa ramai manusia yang bakal meneruskan kehidupan dengan sinar harapan baru, semua 'penyiksaan' tadi akan bertukar menjadi 'kebahagiaan' yang tidak tergambarkan.

"Assalamu'alaikum. Pakcik Jamal apa khabar?" sapanya ketika menghampiri sebuah katil pesakit. Namanya diketahui daripada senarai daftar pesakit yang ada di dalam failnya. Pesakit kencing manis.

"Baik doktor. Kebas-kebas kaki sikit je."

"Takpe, pakcik banyak-banyakkan bersabar ye. Nanti makan ubat okaylah. Biar saya periksa kejap ye.

Azrif meletakkan eartips stetoskop ke telinga. Ketika sedang membongkok untuk meletakkan muncung stetoskop ke belakang badan Pakcik Jamal tiba-tiba sesuatu terjatuh daripada saku kotnya ke atas katil. Sebuah objek kecil berwarna biru tua. Kelihatan berzip. Di zipnya tergantung sebuah keychain berwarna silver.




"Opocot! Ape ni!?" Kata Si Pakcik separuh menjerit.

"Maaf pakcik. Ni Al-Quran saya. Maaf kalau saya buat pakcik terkejut."

"Quran? Ada pulak quran kecik-kecik macam ni ye?" Sambil menatap quran kecil berzip itu. Hanya menatap, tidak memegang. Tiada wudhu.

"Quran sekarang ada macam-macam saiz pakcik, senang nak bawa ke mana-mana."

"Owh, doktor selalu bawa Al-Quran ke mana-mana?"

"Em, alhamdulillah. Saya memang biasa bawa Al-Quran ke mana-mana, senang nak baca. Nak hafal, saya bukan hafiz quran. Ye la, saya ni muda lagi, bukan banyak sangat amal. Amal ada, banyak cacat pulak tu. Dengan bawak quran ni leh la saya baca-baca, tambah amalan. Er, maaf pakcik, saya nak periksa tekanan darah kejap ye." Bicaranya lembut. Ramah. Dia membalut tangan Pakcik Jamal dengan Cuff sphygmomanometer (alat mengambil bacaan tekanan darah).

"Ooo..doktor selalu baca? Banyak ke?"

"Alhamdulillah, dengan izin Allah, selama ni saya selalu khatamkan bacaan saya sebulan sekali. Saya cuba buktikan kepada Allah yang saya tidak akan memberikan alasan kesibukan saya sebagai doktor untuk tidak menunaikan hak Al-Quran. Lagipun ustaz saya pernah mengingatkan, dalam Al-Quran Allah ada pesan, mereka yang jauh daripada Al-Quran akan didatangkan syaitan untuk menjadi teman karibnya."



Azrif terus menerangkan tentang Al-Quran kepada si pakcik sambil tangannya sambil tangannya cekap mengepam sphygmomanometer. Pakcik Jamal hanya terdiam, sambil membiarkan bacaan diambil. Namun diamnya memberi seribu makna. Penjelasan berkenaan Al-Quran amat-amat menyentuh hatinya. Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia bertemu dengan seseorang yang begitu menghargai Al-Quran sebegitu sekali. Tidak semena-mena, airmatanya bergenang. Namun segera dikesat dengan lengan baju.

‘Ya-Allah...lamanya aku tak baca Al-Quran. Nak dapat seminggu sekali pun susah. Agaknya inilah sebab aku merasakan kekosongan selama ini. Allah...’ Pak Jamal bermonolog di dalam hatinya.

“Doktor yang sibuk-sibuk melayan kami, periksa kami, keluar masuk wad, sempat lagi nak baca quran ye. Saya yang tak buat apa-apa pun ni, hampir tak pernah baca Al-Quran. Pakcik bertekad, Insya-Allah, lepas ni pakcik nak belajar balik baca Al-Quran, dan pakcik akan selalu baca Al-Quran.” Pakcik Jamal berkata dalam suara yang agak serak basah.

“Er, pakcik cakap apa tadi pakcik? Maaf, saya sibuk mencatat bacaan ni tadi, tak dengar.” Jamal kembali bertanya.

“Takde, pakcik cuma kata dah lama pakcik tak baca Al-Quran. Terima kasih ya sebab cerita pasal Al-Quran tadi.”

“Takde masalah pakcik. Okay pakcik, tekanan darah normal, pernafasan pun ok. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, pakcik boleh keluar tak lama lagi. Tapi pakcik kena banyak rehat dan makan ubat ye. Saya pergi dulu ye pakcik. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

‘Bagusnya doktor ni. Ya-Allah..berikanlah aku kesempatan untuk mempelajari Al-Quran..’ Pak Jamal terus berkata-kata di dalam hatinya. Airmatanya bercucuran kembali.



Seketika kemudian Azrif bergerak keluar daripada wad untuk ke pejabat. Dia menerima panggilan kecemasan. Dia diperlukan di wad tingkat 4. Ketika melangkah keluar, tiba-tiba dia dipanggil oleh jururawat yang bertugas di kaunter.

“Dr. Azrif, tanya sikit.”

“Ya, kenapa? Saya kena cepat ni.”

“Maafkan saya, tadi doktor cakap apa kat Pakcik Jamal katil no 15 tu? Saya nampak dia menangis tadi lepas doktor beredar dari katil dia.”


“Em, entahlah. Saya pun tak pasti. Dia teringatkan anak-anaknya kut. Maaf, saya kena pergi dulu. Awak pergilah temankan dia berbual. Mungkin dia ok sikit nanti.”

Sebetulnya dia tidak berapa mendengan soalan jururawat tadi. Dijawabnya soalan acuh tidak acuh. Dia perlu segera ke tingkat 4.





*****

Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari tiga tahun sudah berlalu.

Dugaan dan cabaran sebagai seorang pengabdi perubatan bukanlah perkara yang mudah. Tahun-tahun awal yang penuh dengan onak dan duri dihadapinya dengan penuh kesabaran dan air mata. Bukan mudah mengawal emosi bekerja sebagai doktor. Terkadang seorang doktor di hospital yang bekerja sebelum pukul 8 pagi lagi dan hanya akan pulang tidak tepat pada pukul 5 petang. Sekiranya oncall akan terus celik sehingga keesokan harinya dan terus masuk kerja sehingga petang seterusnya.

Diikutkan hati, beban kerja fizikal dan mental yang diletakkan di bahu seorang doktor memang tidak mampu dipikulnya. Bayangkan sekiranya setiap hari bekerja melihat seseorang itu mendapat serangan jantung. Panik melanda tetapi perlu dikuatkan diri melawannya bagi membantu si pesakit. Dan tidak jarang menghadapi pesakit yang menemui ajal kerana ketidakmampuan si doktor. Terkadang dia menangis sendirian di dalam bilik air wad bedah. Bahkan lebih banyak lagi airmatanya tumpah ketika sedang melaksanakan solat malam. Memohon secebis kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi hari-hari seterusnya bagi memberikan yang terbaik untuk para pesakitnya.

Kini Azrif bertugas di Out Patient Department (OPD). Hanya menunggu pesakit datang ke bilik untuk di diagnosis dan diberi cadangan ubat yang sesuai. Tidak perlu keluar masuk wad. Bebannya sudah tidak seberat dahulu.




‘Tak sangka dah tiga tahun aku lebih aku berkhidmat di jalan ini. Ya-Allah..aku mohon kau terus kuatkan aku untuk terus ikhlas memberi sebanyak-banyaknya hanya untuk-Mu Ya-Allah..’ Hatinya berdoa.

Lamunannya ditamatkan apabila pintu biliknya diketuk.

“Masuk!”

Seorang pesakit masuk. Lelaki. Usianya separuh baya, mungkin melebihi separuh abad. Rambutnya yang memutih telah menceritakan segalanya. Namun raut wajahnya bersih. Terpancar ketenangan.

“Assalamu’alaikum pakcik. Jemput duduk. Apa yang boleh saya bantu?”

“Wa’alaikumussalam. Macam biasalah doktor. Penyakit tua-tua ni..” Tiba-tiba kata-katanya terhenti. Objek kecil di suatu sudut meja itu amat menarik perhatiannya. Lalu dicapainya objek kecil berwarna biru itu. Ditatapnya seketika, lalu diletakkannya kembali. Dia yakin, dia pernah menatap objek itu tiga tahun yang lalu. Dan dia yakin dia pasti mengenal doktor yang berada di hadapannya. Lalu dia tersenyum.



“Kenapa pakcik? Itu Al-Quran saya. Memang saiznya kecil, mudah di bawa ke mana-mana.”

“Doktor, doktor ingat lagi tak dengan saya?”


‘Alamak, apa kena pulak pakcik ni. Berapa juta orang aku dah jumpa. Manalah aku nak ingat. Nak kata tak ingat nanti kecik pulak hati dia. Tengok sikit kad kesihatan dia ni...’

“Owh pakcik..pakcik macam mana sekarang? Kencing manis dah surut? Ada pitam-pitam ke?” Azrif hanya berbasa-basi setelah mengetahui penyakit yang dihidapi orang tua itu melalui kad kesihatannya.

“Bukan itu yang saya nak doktor ingat. Ingat tak saya pernah masuk wad dulu?”

‘Wad la pulak..lagi lah aku tak ingat..bila ye aku jumpa dia..’ Azrif cuba-cuba mengingat.

“Yang Al-Quran doktor terjatuh tu?”

‘Al-Quran? Ya-Allah...pakcik ni rupanya. 3 tahun dah, dia ingat lagi kat aku ye.’ Azrif agak terharu yang pakcik itu masih mengingatinya.

“Owh...ya, saya ingat. Pakcik Jamal..apa khabar pakcik sekarang?”

“Alhamdulillah doktor. Sejak berjumpa dengan doktor dulu, saya dah banyak berubah. Tengok ni.” Sambil tangannya mengeluarkan sesuatu daripada saku baju kemejanya.

‘Subhanallah! Al-Quran..maksudnya pakcik ni..’

“Alhamdulillah doktor, sekarang saya dah rutin baca Al-Quran. Cuma saya taklah macam doktor, boleh khatam sebulan sekali. Kalau saya 3 bulan sekali ke, baru khatam."

“Takpe pakcik. Daripada tak baca langsung.”


Credit To FRESHIE

Air mata mereka bergenang. Azrif tersenym. Hatinya bertahmid syukur yang tidak terkira tingginya. Segala pengorbanannya yang berdarah-darah selama ini terasa amat ringan. Jiwanya berbunga-bunga bahagia.

‘Ya-Allah..apakah yang lebih membahagiakan daripada melihat seseorang yang berubah menyintai kalam suci-Mu..sesungguhnya inilah saat paling membahagiakan dalam hidup ini!’ Monolog hatinya bermadah indah.



Sambil melakukan pemeriksaan, mereka berbual ke mana-mana. Saling bertukar cerita, nombor telefon, laksana saudara yang telah lama berpisah dipertemukan semula. Keakraban begitu cepat terjalin.

“Eh, doktor, kenal tak dengan Dr. Nurul Iman? Dia kerja kat sini.”

‘Nurul Iman? Dia ke?’

Tiba-tiba Azrif teringat pertemuan di surau hospital dua minggu sudah.

Azrif baru sahaja menunaikan solat dhuha. Rutin yang memang jarang sekali ditinggalkannya sejak dari bangku sekolah. Ganjaran pahala dan kemurahan rezeki yang dijanjikan nabi sangat memotivasikannya untuk menyempatkan barang seminit dua untuk melakukannya walaupun masanya amat sempit. Keluar sahaja daripada surau, terdengar bunyi pintu surau perempuan dibuka.

‘Aik, ada juga minah hospital ni solat dhuha?’ Bisik hatinya.

Lalu keluar seorang wanita berbaju kurung biru gelap. Tudungnya biru muda. Labuh.

‘Aik, ustazah mana pulak ni? Tak pe lah. Aku dah lambat ni. Nanti marah pulak patient tunggu.’


“Maaf saudara,” Tiba-tiba perempuan itu bersuara.



'Erk? Dia panggil aku ke?'

Azrif menoleh dan memandang wanita itu sekilas. Wajahnya tertunduk. Matanya memandang ke lantai. Di tangannya tergantung sebuah kot. Milik seorang doktor. Ada stetoskop terjulur keluar daripada poket kot itu.

“Ya?”

“Pen awak, jatuh.” Sambil menunjukkan ke arah lantai. Matanya masih tertunduk.

"Owh, terima kasih."

'Nasib baik dia ingatkan. Dahlah pen kesayangan aku ni.'

Secara tidak sengaja Azrif terpandang tag nama yang terlekat pada kot itu. Dalam keadaan terbalik, namun masih dapat dibacanya.

NURUL

Owh, doktor rupanya dia ni. Bagusnya, solat dhuha lagi. Pakaian pun sopan. Lawa pulak tu. Astaghfirullah..bahaya hati aku ni.

"Sama-sama."

“Er, saya pergi dulu. Assalamu’alaikum.”

“Baik. Wa’alaikumussalam.”

Sejak hari itu Azrif tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Dr. Nurul? Ataupun sebenarnya tertunggu-tunggu, bilakah dapat bertemu lagi dengan doktor perempuan yang bertudung labuh itu. Dia mengakui wanita itu mempunyai pesonanya yang tersendiri. Pakaian labuhnya itu amat menambat hatinya. Matanya yang sentiasa tertunduk itu amat menambat hatinya. Sukar dicari wanita apatah lagi doktor yang masih mahu menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pandangan seperti Dr. Nurul.

Seringkali tatkala bersendirian dia akan terfikir akan wanita itu. Namun hatinya segera beristighfar. Dia tidak mahu hatinya larut dengan bayangan wanita yang masih belum ada apa-apa hubungan yang sah dengannya. Dia mencuba melupakan bayangan wajah manis yang sering berkunjung itu. Terkadang berjaya, tetapi biasanya dia tewas.



Pernah terniat di hatinya untuk mengenali lebih Nurul dengan lebih dekat, tetapi niatnya itu diurungkannya.  ‘Nanti aku orang ingat aku ni tak tahu malu pulak. Entah-entah dia tu dah kahwin, tak pun dah mesti bertunang.’


“Eh, doktor! Ni apa pasal mengelamun nih? Kenal tak Dr. Nurul Iman?”

‘Astaghfirullah..teringat dia lagi..’

“Maafkan saya pakcik. Termengelamun pulak. Bukan apa, cuba ingat-ingat, pernah tak dengar nama tu.” Azrif cuba mencipta alasan.

“Dia pakai tudung labuh.”

“Pakai tudung labuh? Kulit cerah-cerah, pakai cermin mata bingkai hitam tebal?”

“Haah, dia la tu. Doktor kenal ke?”

“Takde lah kenal. Tapi pernah terjumpa la. Pakcik kenal dia ke?”

“Lebih daripada kenal. Dia tu anak perempuan saya. Dulu belajar kat Mesir, Dia ambil medic kat Cairo University, Kasr El-Ainy.

“Owh, tak sangka, dunia ni kecik rupanya. Dia dah kahwin ke pakcik?”

“Ha, ni yang pakcik nak tanya sebenarnya. Dia belum kahwin. Kalau doktor pula?”

“Belum ada jodoh. Jadi doktor ni sibuk pakcik, mana ada masa nak cari calon..”

“Ha, pakcik memang dah lama nak kahwinkan anak pakcik ni. Tapi dia kata kata calon yang soleh tak muncul-muncul. Sebenarnya sejak pakcik jumpa doktor 3 tahun lepas, pakcik dah lama berhajat menjodohkan doktor dengannya. Dia ni solehah, insya-Allah. Kat mesir dulu ada juga pergi menadah kitab. Alhamdulillah, dah 10 juz dia hafal.”

Azrif terdiam seribu bahasa. Bagai tidak percaya apa yang baru didengarinya. Entah apa yang bermain dalam benaknya. Terkejut? Bahagia?

“Macam mana doktor? Setuju? Lagipun doktor dah tengok siapa orangnya.”

“Er..macam ni lah pakcik. Biar saya istikharah dulu. Insya-Allah minggu ni saya bagi jawapan. Lagipun ibubapa saya pun dah bertanya bila saya nak menikah.” Katanya bersahaja, menutupi gugupnya. Terkejutnya masih belum hilang.

“Baiklah. Nanti kalau dah ada jawapan, telefonlah pakcik. Pakcik harap doktor terima. Pakcik anggap doktor dah pun meminang Nurul Iman ketika doktor menyampaikan ilmu tentang Al-Quran kepada pakcik 3 tahun yang lalu. Pakcik balik dulu. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

Azrif bagai tidak percaya apa yang baru dilaluinya. Terasa Allah begitu baik kepadanya. Airmata bahagia mengalir ke pipi. Dia tersandar di kerusinya. Terpandang akan Al-Quran kecilnya yang berwarna biru itu. Di tatapnya seketika, lalu diambilnya. Dicium dengan penuh ta’zim. Tidak semena-mena hatinya mengungkap sebuah bait,

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran




Azrif terus melirik senyum.


Kupinang Engkau Dengan Al-Quran
~Gradasi~

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah

Harungi bersama samudra dunia
 

Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya
 

Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal

Harungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya






Read more...

Dec 4, 2009

Salah Siapa?






Zohriah melangkah masuk ke dalam bilik guru dengan laju. Mukanya tidak tenang seperti biasa. Dengan segera dia menghampiri mejanya lalu meletakkan buku-bukunya.

"Hai cikgu, lain macam je ni. Ada masalah ke?" Sapa Cikgu Salim yang kebetulan melewati mejanya. Pertanyaannya acuh tak acuh.

Zohriah sebaliknya hanya tersenyum segaris. Sebetulnya memaksakan dirinya untuk tersenyum. Melihatkan kelainan dirinya itu, Salwa mendekatinya.

"Zoh, dah lunch? Jom makan dengan aku?"

"Takpelah Sal, aku tak lapar."

"Aik..takkan diet kut. Biasanya kalau bab makan ni kau laju je. Kenapanya ni..muka macam mati laki je."

"Mati laki apenye..kawin pun belum." Jawabnya bersahaja. Tiada mood untuk bergurau. Masalahnya yang baru dihadapi di kelas tadi amat merunsingkannya. Dia serba salah.

*****

“Lan, mari sini sekejap.” Zohriah memanggil Azlan ke hadapan kelas.

Azlan yang sedang bergurau senda dengan rakan sebelah mejanya itu terhenti. Dengan wajah yang masih ceria dia mendapatkan gurunya itu.

"Betul ke Lan jual bateri ni kat kawan-kawan?" Zohriah bertanya kepada Azlan sambil menunjukkan sebiji bateri eveready bersaiz D. Nadanya agak tinggi.




Azlan hanya mengangguk. Menelan air liur. Air mukanya berubah. Tiada lagi raut ceria di wajahnya. Mungkin nada tinggi gurunya itu mengejutkannya.

Hati Zohriah mula dilanda gelisah. Khabar angin yang didengarnya selama ini bermain-main di fikirannya. Fikirannya kembali ke mesyuarat tergempar yang diadakan seminggu lalu.

"Ada ibubapa yang mengadu, anak mereka meminta duit lebih. Katanya ada orang suruh. Ibubapa mereka mengesyaki anak mereka dibuli. Saya minta cikgu-cikgu lebih peka dengan keadaan anak-anak murid masing-masing. Jangan biarkan gejala tidak sihat ini berterusan. Kita tak mahu nama baik sekolah rendah kita ni tercemar." Kata-kata pengetua terngiang-ngiang di telinganya.


'Ni mesti kerja pelajar-pelajar tahun 4 ni. Batch diorang ni memang banyak buat hal.' Zohriah berfikir. Dan begitu juga fikiran para guru yang pernah mengajar pelajar tahun 4. Hampir semua menganggap ulah ini berpunca daripada pelajar tahun 4.


Namun pagi itu persepsinya berubah. Ketika mengajar matematik di dalam kelas 1 Uthman, sebiji bateri yang diletakkan di atas meja anak muridnya menarik perhatiannya.


"Sakinah, kenapa bawak bateri ni? Awak nak pasang kat jam kelas ke? Tapi bateri ni besar sangat, tak muat untuk jam tu."


"Taklah cikgu. Saya beli daripada Lan. RM1 jer."


"Beli? Azlan jual?"


Sakinah mengangguk.

"Kenapa Lan jual bateri ni? Dahlah bateri lama. Entah boleh guna lagi ke tidak ni. Jual pada kawan-kawan pulak." Suaranya makin mininggi. Beremosi.

'Aku tak sangka Azlan yang sebenarnya buat hal. Anak murid kelas aku pulak tu! Apa aku nak jawab dengan pengetua nanti?' Zohriah mula berfikir macam-macam.

Azlan hanya mendiamkan diri. Dia amat takut kerana cikgunya sedang marah. Dia merasakan dia telah melakukan kesalahan yang amat besar.

"Kenapa diam? Lan jual kat siapa lagi bateri ni?" Tanyanya lagi. Masih dengan emosi. Suaranya makin meninggi. Kelas menjadi sepi. Semua murid terhenti daripada pekerjaan masing-masing. Semua mata tertumpu kepada 'drama' yang baru sahaja bermula di hadapan kelas itu. Masing-masing tertanya-tanya.

"Siapa lagi yang ada beli bateri daripada Azlan?" Zohriah bertanya kepada pelajar-pelajar yang lain.

Lima orang pelajar mengangkat tangan. Firasat Zohriah semakin kuat mengatakan yang memang Azlanlah dalangnya. Matanya kembali menatap tajam wajah Azlan yang masih tertunduk.

"Apa lagi yang Lan jual?"

"Dia ada jual bateri lain cikgu. Dia kata bateri tu bateri mahal, dia jual RM5. Boleh caj dia kata." Sampuk Sakinah.

Semakin tersirap darahnya. Anak murid di hadapannya ini membuatkannya sangat tidak keruan. Tanpa berfikir panjang, dia memulas telinga Azlan sekuat-kuat hatinya.

"Kamu ni dah melampau. Jual bateri buruk pada kawan-kawan. Paksa mereka beli. Menyusahkan cikgu je. Cikgu akan beritahu mak bapak kamu!" Kecamnya.

Zohriah lalu bergerak ke meja Azlan. Dia mengasingkan meja Azlan daripada rakan-rakannya. Azlan dibiarkan berseorang dalam lajurnya tanpa teman sebelah.

“Kamu semua jangan tegur Azlan. Biar dia seorang-seorang macam ni. Jangan ubah balik meja ni sampai cikgu beritahu. Ini denda bagi orang yang nakal.” Zohriah memberi arahan kepada anak-anak muridnya.

Murid-murid lain terpinga-pinga.

Nakal? Apa yang Azlan dah buat?’ Fikir mereka.

“Azlan, kamu duduk sini!” Arah Zohriah. Separuh menjerit. Emosinya sudah tidak terkawal lagi.



Azlan lalu begerak ke mejanya yang telah diasingkan. Dia dipulaukan. Anak kecil itu hanya terdiam seribu bahasa. Sebaik sahaja Azlan duduk, Zohriah mengambil buku-bukunya di atas meja dan melangkah keluar.

*****

“Eh, Zoh, termenung apanya kau ni?”

Suara Salwa mengembalikannya ke alam nyata.

“Takde la. Kau ingat kes buli yang pengetua cakap masa meeting hari tu?”

“Ingat. Kenapa?”

“Aku rasa anak murid aku yang buat. Habislah aku. Apa aku nak jawab dengan pengetua nanti.”

“Apa yang kau cakap ni Zoh? Kes tu kan dah selesai. Memang kerja budak-budak darjah 4. Kumar and The Gang. Apa kena mengena dengan anak murid kau pulak?”

Zohriah terkejut bukan kepalang.

“Hah, betul ke apa yang kau cakap ni? Tadi aku baru dapat tau, Azlan tu paksa kawan-kawan beli bateri terpakai dia. Aku ingat dialah dalang semua ni.”

“Azlan? Budak yang Happy-Go-Lucky tu? Dia jual bateri? Kau biar betul Zoh?”

“Betul la. Aku dah tanya dia tadi. Memang muka bersalah habis. Aku pun terus denda dia kat situ juga.”

Zohriah menceritakan apa yang dilakukannya satu-persatu kepada Salwa.

“Aku rasa baik kau check betul-betul Zoh. Kau pun tahu, Lan tu budak baik. Takkanlah dia paksa kawan-kawan dia. Aku rasa ada salah faham ni.”

Zohriah hanya terdiam.



Di kelas 1 Uthman...

Sebaik sahaja Zohriah keluar dari kelas, Azlan dikerumuni oleh rakan-rakannya.

“Apa kau dah buat ni. Kau ni tak habis-habis buat hal. Kau ni memang budak nakal  Aku taknak kawan dengan kau lagi!” Ramli bersuara.

“Bagi balik duit aku. Ambil bateri buruk kau ni. Taknak aku bersubahat.” Jamil meminta kembali wangnya.

“Wek..wek...budak jahat...” Kamil turut mengambil peluang mengutuk.

Azlan tidak berkata apa-apa sebaliknya menekupkan wajahnya ke meja. Dia tidak mampu menahan sedihnya lagi. Air matanya berhamburan. Menangis tidak berlagu. Sedih kerana dimarahi cikgunya belum reda, ditambah dengan kutukan daripada kawan-kawan sekelas. Padahal mereka sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku, cuma terikut-ikutkan tindakan guru mereka. Anak-anak tahun 1, apalah yang difahami mereka.

Kenapa Cikgu Zohriah marah aku? Salah ke jual bateri? Aku bukannya paksa diorang beli pun. Aku jual baik-baik. Sampai hati diorang buat macam ni kat aku. Abah...’ Azlan menangis di dalam hatinya. Teringat akan abahnya yang disayangi.

Tidak lama kemudian loceng berbunyi tanda waktu rehat bermula. Semua pelajar pergi ke kantin untuk makan. Azlan masih kekal di mejanya. Tidak terfikir langsung untuk makan. Dia merasakan dunia amat sempit baginya. Perasaan gembiranya yang dilaluinya setelah mengumpulkan hampir sepuluh ringgit sebagai duit poket tambahan sejak Isnin kelmarin tiba-tiba bertukar menjadi sesuatu yang amat menyedihkan di pagi Khamis itu. Pelbagai kekhuatiran bermain di mindanya.

‘Macam mana kalau Cikgu Zoriah beritahu Mak? Mesti aku kena marah teruk teruk. Mak pun mesti lagi sedih sebab aku buat hal. Apa aku nak buat ni?’ Azlan terus berfikir dalam kesedihannya.



Di bilik guru...

Zohriah termenung di mejanya. Dia masih memikirkan tentang Azlan dan kes buli yang berlaku.

‘Kalau betul bukan Azlan yang buat semua ni, kenapa pula Azlan nak jual bateri di sekolah? Dia tak cukup duit? Baik aku telefon maknya terus. Selesai masalah.’

Lalu dicapainya telefon bimbit di dalam beg tangannya sambil tangan kanannya membuka senarai daftar pelajar kelasnya. Setelah mendapatkan nombor telefon rumah Azlan, dia segera mendail.

“Assalamu’alaikum, boleh saya cakap dengan penjaga Azlan bin Baharuddin? Saya guru kelasnya, Cikgu Zohriah.”

“Wa’alaikumussalam, ya, saya ibunya. Kenapa cikgu? Ada apa dengan Azlan?” Suara ibu Azlan agak cemas, merisaukan apa-apa terjadi kepada anaknya.

“Tenang puan, saya cuma ingin bertanya sesuatu. Berkenaan Azlan.”

“Kenapa dengan anak saya cikgu?”

“Baru-baru ni Azlan jual bateri terpakai di sekolah. Puan tahu apa-apa? Selama ini dia tak pernah buat hal-hal macam ni.”

“Maafkan saya cikgu. Saya rasa dia buat macam tu sebab dia taknak susahkan saya. Saya tak dapat nak beri duit belanja lagi untuk minggu ini. Ayah Azlan baru je meninggal Jumaat lepas. Kemalangan. Rasanya Azlan cuba cari duit belanja sendiri. Dia memang jenis yang berdikari. Maaflah jika tindakannya menyusahkan cikgu. Er, Azlan tak beritahu cikgu tentang ayahnya?”

Jantung Zohriah hampir berhenti berdetak. Perasaan berdosa menjalar ke seluruh jiwanya.

‘Ya-Allah...apa yang aku dah buat?’

“Er, hello, cikgu ada kat situ?” Suara ibu Azlan menyedarkannya.

“Hello, ada. Maaf. Ada gangguan sedikit tadi. Baiklah puan. Tiada apa-apa. Saya cuma nak tanya itu je. Maaf mengganggu. Assalamu’alaikmum.”

“Wa’alaikumussalam.”

Zohriah tersandar di kerusinya. Rasa bersalah yang amat. Dia telah menzalimi seorang anak yatim yang cuba berdikari. Usahanya sepatunya dihargai, tetapi dia telah menghancurkan harapan anak kecil itu. Tanpa disedari air matanya mengalir.




“Hah, ni apasal menangis pulak ni?” Cikgu Salim bertanya. Seperti biasa, acuh tak acuh.

“Eh, takdelah. Mata masuk habuk.” Zohriah mengesat airmatanya.

Dengan segera dia bangkit daripada mejanya dan meluru keluar daripada bilik guru. Langkahnya laju. Kelas 1 Uthman menjadi destinasi. Dalam langkahannya terdengar bunyi loceng tanda masa persekolahan sudah tamat.

Janganlah Azlan balik dulu. Aku mesti jumpa dia,' bisik hatinya. Dia amat berharap Azlan masih belum pulang.

Sesampainya di kelas, kelihatan Azlan sudah menggalas begnya, bersedia untuk pulang. Dengan segera Zohriah memeluk Azlan sepenuh hati.

“Maafkan cikgu...Cikgu yang salah..” Ucapnya dalam linangan air mata.




Pengajaran yang amat bermakna buat dirinya di hari tu. Pepatah Melayu itu terngiang-ngiang di telinganya:
"Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan"





Read more...

Nov 23, 2009

Nak baca komik boleh?



"Akh, ana dah baca cerpen antum yang cerita pasal perangai da'i tu. Ana musykil sket." Tanya seorang anak halaqohku.

"Yang Perbaiki Dirimu tu ke?"

"Haah."

"Apa yang antum musykilkan?"

"Susahlah kalau tak boleh baca komik, tak boleh tengok movie, tak boleh macam-macam lagi la. Takkan tak boleh sikit-sikit pun?"

"Boleh je, bacala komik Untukmu ke, komik-komik islamik lain yang ada kat internet macam Alwan Comic. Searchla. Tanya Ustaz Google. Macam-macam ada. Movie pulak, tengokla Ketika Cinta Bertasbih ke, Laskar Pelangi ke...macam-macam lagi boleh."

"Hurm...kalau Dragon Ball? Kreko? Utopia? Arena Komik? Movie-movie macam Superman, Spiderman, Starwars, Heroes, semua tu tak leh ke?" Soalan ditanya bertalu-talu.

"Wah...antum ni, tanya macam machinegun! Bak kata orang Melaka, bawak-bawak bersabau ye dik. Dalam Islam, sebenarnya kalau kita nak tengok movie, main game, baca komik, semua tu boleh je. Hukum asal kepada semua amalan adalah harus. Harus ni, wat boleh, tak buat pun tak berdosa." Aku menerangkan.

"Hah, kalau gitu boleh la tengok?"

"Haih demo! Sabau! Kawe dok abeh royak lagi nih! Ha..kan dah keluar loghat kelantan."

"Hahaha..ok-ok.."

"Gini. Semua benda harus tu boleh jadi berpahala ataupun berdosa. Tergantung kepada apa yang dilakukan. Kalau movie, bacaan dan game tu ada unsur-unsur lucah, maka haramlah ia."

"Ha, Dragonball tak lucah. Bolehlah baca kan?"

"Dia ni kan..."

"Ok-ok...terus-terus..."

"Namun, perkara-perkara yang harus ni, jika melalaikan, maka ia akan membawa kepada Haram. Kerana Allah melarang kita untuk lalai daripada mengingat Allah. Cuba baca Surah Al-Munafiqun, surah ke-63, ayat ke-9."

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[63:9]. Em, tapi macam mana boleh sampai jadi haram pulak?"

"Mengikut kaedah usul fiqh, semua perintah di dalam Al-Quran itu hukumnya wajib dan semua larangan hukumnya haram haram. Dan dalam ayat tu Allah melarang kita untuk lalai."

"Waa...tapi..."

"Lagipun kita ni orang-orang yang nak menyeru orang ke jalan Allah, nak berdakwah, nak jadi orang beriman. Orang-orang beriman ni, dia tak buat benda-benda lagho."

"Lagho apekejadahnye pulak...."

"Aisey antum nih...hah, bukak Surah Al-Mu'minun, surah ke-23, ayat 1-3."

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(1) (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,(2) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,(3)  [23:1-3]"




"Ha..orang beriman, dia tak buat benda lagho, iaitu perbuatan dan perkataan yang tidak berguna. Dan semua perkara yang tidak menaikkan keimanan tu, boleh dikategorikan sebagai perbuatan yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. Hadith nabi pun ada. Boleh rujuk hadith Arba'in, hadith ke-12. 'Di antara ciri-ciri sempurnanya keislaman seseorang itu adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfat bagi dirinya. Cuba kita fikir, dengan tengok movie-movie yang antum sebutkan tadi tu, agak-agak iman kita bertambah tak?"

"Tak kut.."

"Ape kut-kut, memang tak pun."

"Ye la.."

"Dahla tak menambah pahala, malah mungkin boleh melalaikan, malah membawa kepada dosa."

"Waaaaaa......payahnye..banyakla komik, movie, dan game kena tinggalkan."

"Sabarlah. Sikit-sikit, lama-lama boleh punya."

"Antum cakap senanglah. Buat sikit tengok. Antum mana pernah layan benda-benda tu semua kan?"

"Hah, siapa cakap? Ana dulu kipas-susah-mati Kreko tau. Bukan tu je, Detektif Conan tu, ana ada full volume. Siap pergi order hantar ke rumah lagi. Nak order tu bukan senang, kena buat money order kat pejabat pos. Pernah haritu, bas tak muncul-muncul. Ana jalan kaki ke pejabat pos tu. Ade la dalam 2 kilometer gak."




"Pergh, semangat gile murobbi aku. Macam tak caya lak. Biar betul antum nih?"

"Betul la. Tapi lepas tu, semua ana tinggalkan. Koleksi-koleksi Conan, Kreko, Arena Komik, semuanya ana jual kat surat khabar lama je."

"Huh...macam mana antum buat? Takkan tinggal macam tu je?"

"Ada la ceritanya. Masa tu kat sekolah lagi."

"Hah, ceritalah!"

"Macam ni..."

'Hisyh mamat nih, balik-balik baca komik Kreko nih. Aku rasa tiap-tiap hari mesti dia baca punyalah. Kulit pun tak tak ada. Warna kertas dah naik kuning. Ape tak bosan ke baca tiap-tiap hari? Aku pun baca jugak kreko, tapi takdela sampai nak ulang banyak-banyak macam nih.' Rungut hatiku terhadap Kamil. (bukan nama sebenar)

Menjadi kebiasaan bagi pelajar SMAPL, akan ada tazkirah selepas solat asar. Dan kebiasaannya muzakkir (pemberi tazkirah) banyak daripada kalangan adik-adik form 1 dan form 2 sahaja, kerana hanya mereka yang diwajibkan untuk berada dalam majlis itu. Senior-senior lain sudah tidak terikat dengan peraturan Badan Dakwah & Kerohanian (BDK), cuma digalakkan sahaja. Dan kebiasaannya juga, muzakkir hanya akan membacakan Kitab Fadhail Amal. Sekadar membaca. Buat syarat. Itu yang amat aku tidak gemar. Membuatkan tazkirah menjadi hambar. Menjadi musik yang indah buat mata-mata yang terkena celak syaitan.

Suatu hari selepas solat asar, aku bangun ke depan untuk memberi tazkirah asar.

'Baik aku bagi tazkirah. Nanti budak-budak ni baca je, ramai pulak yang tido.'

Dan aku memberikan tazkirah mengenai membaca Al-Quran.

"Al-Quran ni kena teman kita. Perlu dibaca sentiasa. Kenapa sekarang kita tengok ramai orang yang perangainya teruk, akhlaqnya buruk? Padahal kita semua kat sekolah agama? Sebab kita menjadikan telah menjadikan syaitan ni sebagai teman karib. Cuba seorang bacakan Surah Az-Zukhruf, surah ke-43, ayat ke-36."

Seorang junior form 1 membacakannya:

Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.[43:36]

Tiba-tiba aku perasan Kamil berada di barisan belakang. Lalu aku berkata:

"Jadi, jangan jadikan setan kawan kita. Daripada kita baca komik, baiklah kita baca quran. Dapat pahala. Ada seorang tu ana tengok, asyik-asyik baca komik kreko yang sama. Balik-balik komik tu. Komik tu dah nazak gile, lusuh abeh. Kulit pun dah takde. Pun dia nak baca lagi. Agak-agak kalau komik tu boleh cakap, dia dah kata : Sudah-sudahlah tu..dah dekat 14 kali ko baca aku nih! Bagilah aku berehat pulak. Dahla habis bogel aku korang buat, tak puas-puas lagi ke?"Aku sedikit bercanda.

Lawakku menjadi. Agak gamat musolla itu dibuatnya. Tetapi kelihatan seseorang tidak berubah ekspresi mukanya.

Pada malamnya,

"Eh, kreko baru. Din, pinjam!" Lalu kuambil majalah kreko itu. Din baru balik outing. Kebiasaannya mereka menghabiskan bacaan dalam perjalanan pulang, di atas bas.

    'Langkah kanan aku...ape lagi..naruto-naruto...' Aku melayan kreko dengan hati yang gembira.

Tiba-tiba,

"Hah, Umair! Baca kreko! Ko dah baca Quran belum hari ni!? Baik kau baca Quran daripada baca Kreko. Mana dapat pahala!" Kamil tiba-tiba muncul di pintu bilik. Lalu dia keluar ke koridor.

"Cakap je lebih, pastu baca jugak! Poyo je. Baik tak payah bagi tazkirah!" Kamil menjerit-jerit di koridor. Seakan-akan dia ingin seluruh asrama mengetahui aku membaca komik.

'Peh, ape la mamat nih. Kreko baru ni, aku baca la. Bukan aku kata tak boleh baca langsung, tapi baca la quran dulu. Quran aku hari ni dah baca pun. Tak puas hati pasal petang tadi la tu.' Monologku. Terus hilang selera membaca. Lalu aku terduduk berfikir.

'Betul jugak cakap dia. Aku selalu bagi tazkirah, tapi ade gak buat sikit-sikit. Macam mana orang nak respect macam ni. Lagipun, komik ni bukan ade guna pun baca. Buat gelak je. Tak tahu sambungan cerita ni bukannya mati pun. Dahlah. Lepas ni aku takkan baca komik lagi'

"Sejak daripada tu, ana tak pernah sentuh kreko lagi. Kadang-kadang selak-selak la jugak, tapi cepat-cepat tinggalkan. Macam ana cerita dalam cerpen Perbaiki Dirimu, setiap yang kita pandang kecil, dipandang besar oleh orang lain. Cuba tengok kenapa dakwah nabi sangat-sangat diterima. Orang pun tak boleh nak pertikaikan peribadi baginda. Sebab baginda memang buat apa yang dia sampaikan. Bak kata orang minang, He walk his talk!"

"Minang pun minangla. Tapi betul jugak tu. Em, ana cubalah nanti. Antum kenalah selalu ingatkan ana."

"Insya-Allah."




Read more...

Nov 21, 2009

Sejarah Komik Untukmu

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Komik yang dah lama ada di alam maya...
Kini tergerak hati nak letak di blog sendiri..


Sebenarnya tidak pernah terlintas untuk cerita ini dikomikkan. Namun itulah takdir. Ia mendahulu segalanya. Pada mulanya cerpen Untukmu hanya disebarkan melalui group-group discussion dalam friendster. Komen yang banyak sekali diterima. Protes dan setuju bertalu-talu. Sehinggalah sebuah mesej di inbox friendster mengubah segalanya.

Salam, ana nak minta kebenaran nta untuk buat komik berdasarkan cerpen nta ni. Harap diizinkan.
-Freshie-


Silakan. Moga ada manfaatnya untuk dakwah
-umairzulkefli-


Pada mulanya ia hanya sekadar komik 2 muka surat. Pendek, dan hanya menukilkan mesej-mesej berkenaan zina hati. Tajuknya : Cinta Anta-Anti..





Lalu setelah beberapa diskusi dilakukan, persetujuan dicapai untuk menghidupkan komik itu seperti cerpennya sendiri. Mengekalkan semua watak dan menggambarkan keadaan sebenar. Dan ini adalah lakaran-lakaran awal komik Untukmu :







Afwan, jalan cerita ana tukar sikit. Harap tak kisah.
-Freshie-


La ba'sa. Ok juga tu. Menjadikan tajuknnya lebih difahami. Olahan yang baik.
-umairzulkefli-

Harap manfaatnya dapat dikongsi bersama..

-"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya.."

Terimalah :



..::untukmu::..








Setinggi-tinggi penghargaan kepada Freshie yang telah berhempas-pulas menyiapkan komik ini. Bukan mudah untuk menterjemahkan sebuah cerpen kepada komik. Semoga Allah merahmati mereka yang terus berusaha menyebarkan dakwah Islam, walau melalui medium apa sekalipun.


Read more...

Nov 17, 2009

Perbaiki Dirimu




"Class cancel! Alhamdulillah. Leh la balek awal sikit hari ni." Im berkata kepada dirinya sendiri.

Selalunya kuliah hari Isnin amat padat. Dari seawal jam 8 pagi hingga 2 petang tanpa sela. Kebiasaannya Im akan solat dhuha sebelum kuliah. Tetapi hari itu dia agak terlambat bersiap. Dalam kelam-kabut berpakaian, dia terlupa untuk memperuntukkan masa untuk solat dhuha. Sepanjang kelas tadi dia berasa agak kesal kerana tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah sunat yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah itu. Diriwayatkan, ketika sedang bermusafir pun Rasulullah masih menyempatkan diri menunaikan solat sunat Dhuha. Di samping itu, banyak berkah yang dijanjikan dengan solat Dhuha.

"Hah, sukalah kau yek. Leh balik tidur!" Sergah Jepa dari belakang. Teman sekuliahnya itu memang suka mengenakan orang.

"Mana ada nak tidur, nak study la. Haha.."

"Ye la tu. Aku baru tahu hari ni ade perkataan study dalam kamus hidup kau. Hahaha." Rahmat menyakat.

"Heh..Rahmat nih...menyibuk je. Tapi melampau sangat kut tu..Haha.." Im cuba tersenyum. Gurauan dari Rahmat itu kelihatan seperti ada maksud tersiratnya.

"Aku gurau je la. Weh, balik naik ape nih? Jalan kaki jauh. Ada yang bawak kereta?"

"Aku bawak. Jom tumpang aku!" Tiba-tiba Vicknish menjerit dari belakang. Menawarkan kereta Proton Wajanya untuk ditumpangi.

"Nice one la Vicky...ko memang sahabat yang baik. Kalau duit scholar dah masuk nanti aku belanja kau makan. Tapi macam biasa, RM3 je." Jepa menanam tebu di tepi bibir.



Adat manusia, orang dah buat baik barulah dijadikan kawan. Teman tertawa mudah dicari, tetapi teman menangis sukar ditemui. Sebuah ungkapan yang pahit tapi benar.

"Dahla kau. Cakap lebat je. Nanti scholar masuk aku tuntut baru tau. Dahla, jom balik. Nak tumpang baik cepat. Aku ada hal lepas nih."


Mereka berempat pun melangkah menuju ke kereta dengan kadar segera.

*****

"Ok Vicky. Thanks a lot. Pergi dulu ye." Im mengucapkan terima kasih.

"No prob."

"Mat, ko nak balik bilik terus ke?"

"Aah, kenapa?"

"Kau dah buat tutorial Process Instrumentation? Petang ni ada tutorial kan? Aku tak siap lagi la. Leh pinjam?"

"Dah. Nak pinjam boleh je. Kenapa kau tak siapkan malam tadi je. Semalam kan kita free je."

"Owh, semalam aku ade kerja sikit. Balik lambat. Ingat nak buat lepas tu, tapi tertidur."

"Kerja apa? Usrah?"




"Em.." Im hanya mengiyakan. Hatinya mula berdetik, 'Mamat ni nak ungkit pasal study aku lagi ke ni..'

"Kita bila masuk universiti ni, yang paling penting study. Belajar tu kena sungguh-sungguh. Kan tanggungjawab tu. Amanah. Mana boleh buat main-main. Jangan sampai kita mengabaikan study." Rahmat mula memberi nasihat.

Im sememangnya sudah agak lama merasakan yang Rahmat selalu mengungkit masalah belajar. Ini bukan pertama kali dia dinasihati dengan ayat-ayat sinis seperti itu. Dalam benaknya, seakan-akan Rahmat ini anti dengan mereka yang menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti keislaman seperti usrah, halaqoh dan lain-lain. Rahmat sendiri merupakan antara pelajar cemerlang dalam jurusan yang diambilnya. Kebetulan pula, pencapaian akademik Im agak merosot baru-baru ini. Ramai yang mengatakan penyebabnya adalah kesibukannya dengan aktiviti dakwahnya.

'Bukan dakwah yang menyebabkan result aku jatuh. Aku sendiri yang tak urus masa aku dengan baik. Aku banyak buang masa semester lepas. Padahal masa aku tak macam orang-orang lain. Waktu untuk aku belajar tak macam orang lain. Tapi orang lain memang akan anggap semua ni salah dakwah. Tu yang susah tu. Orang yang teruk sebab asyik main game takde pulak diorang nak sound-sound macam ni.' Im bermonolog.

"Mat, terima kasih atas nasihat kau. Aku rasa aku faham apa yang kau cuba sampaikan selama ni. Macam ni la. Sebenarnya kat IPT ni kita boleh kategorikan pelajar-pelajar yang ada ni kepada 4 jenis. Yang pertama, orang-orang yang mantap akademiknya. Kedua, orang yang mantap dari sudut keagamaannya. Yang ketiga yang mantap dari segi kedua-duanya. Dan yang keempat ni pulak, kedua-duanya hampeh. Yang keempat ni kita tolak tepi dulu. Yang ketiga ni pulak dah bagus, dan ini yang kita cuba jadi. Kita fokus pada yang pertama dan kedua ni."

Rahmat hanya terdiam mendengar.

"Golongan yang pertama ni, aku rasa diorang tahu yang diorang sebenarnya dalam mencapai kejayaan akademik, perlu juga memantapkan sudut keislaman diorang ni. Tapi mungkin sebab diorang rasa diorang ni belum mampu lagi nak jadi lebih baik, dalam erti kata, ada benda-benda yang diorang masih susah nak buat, macam solat berjemaah, melazimkan bacaan Al-Quran dan lain-lain. Kalau yang perempuan, menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya. Tapi aku yakin yang diorang ni sebenarnya nak jadi lebih baik. Tapi bila diorang tengok golongan-golongan kedua ni pulak, diorang selalu menyalahkan mereka. Nak jadi baik tapi tinggalkan dunia. Tapi bagi aku, golongan kedua ni, bukan diorang taknak memperbaiki cara belajar diorang, tapi mungkin belum jumpa caranya. Sebab kalau seseorang tu betul-betul berislam dengan baik, dia amat menyakini yang dalam hidup ni kita kena cemerlang dalam kedua-duanya, dunia dan akhirat. Sebab itu yang Allah firmankan :

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
[Al-Qasas 28:77]



Jadi kita sebagai orang yang mungkin tergolong sama-ada dalam golongan pertama dan kedua ni, boleh tak  kalau kita ubah mind set? Bila tengok golongan pertama ni, jangan pulak kita anggap diorang ni tahu nak score pelajaran je, taknak cuba baiki diri pun. Tapi cuba fikir macam mana nak bantu diorang ni supaya dapat dekat dengan Islam. Dan kalau kita tengok golongan yang kedua ni, jangan pulak kita anggap diorang ni tahu nak ibadah je, dunia tinggalkan. Tapi cuba kita bantu diorang ni, macam mana nak efektifkan masa belajar, bantu diorang dalam pelajaran diorang. Bagi nasihat pada diorang baik-baik. Baru masyarakat kita maju. Bukan asyik salah-menyalahkan antara satu sama lain. Dan kita kena ingat jugak, nabi pesan, dunia ini ladang akhirat. Maksudnya, apa yang kita capai kat dunia ni, hanyalah untuk akhirat kita. Macam manapun, core businness kita tetap akhirat." ulas Im panjang lebar.

Im kelihatan melepaskan apa yang terpendam dalam dirinya selama ini. Bukan memarahi, tetapi mengharap supaya difahami. Namun mungkin terselit sebersit kegeraman terhadap mereka yang selama ini memandang serong terhadap para aktivis dakwah.

Rahmat hanya terdiam. Mereka terus berjalan, melewati surau dan parkir basikal. Sesekali terdengar kicauan burung di waktu pagi. Sinar mentari waktu dhuha mendamaikan mereka yang ingin mencari ketenangan daripada Rabbnya. Tiba di bawah blok kediaman mereka, Rahmat mula berbicara,

"Sebenarnya aku cakap selama ni bukan aku tuju kat kau Im. Aku tau kau memang nak baiki diri. Tapi mungkin kau malas-malas sikit kut." Katanya sambil tersenyum tawar.

'Aik, bukan selama ni aku ke yang kau fire-fire. Ape maksud kau ni?' Im hanya terdiam. Membiarkan Rahmat meneruskan ayatnya yang kelihatan tergantung.

"Aku tak kisah orang nak buat kerja-kerja agama ni. Tapi janganla ikut usrah, tapi perangai teruk lagi daripada orang tak ikut usrah. Malam-malam pergi usrah, siang tak pergi kelas. Assignment tau nak salin orang je. Lepas tu main game, baca komik, tengok movie, sampai tak study. Aku jadi tension la. Nanti dah dekat due date, mesti jumpa aku : Mat, dah siap assignment? Aku salin ye."

"Siapa yang kau maksudkan ni Mat?"

"Meh datang bilik aku. Nanti kau faham. Lagipun kau nak pinjam tutorial kan?"

Mereka berdua melangkah ke bilik Mat. Apabila pintu dibuka, kelihatan roomate Mat sedang tidur. Tidak ke kelas. Nak bersangka baik, payah sekali.


'Dia ni ke yang Rahmat maksudkan? Aku kenal dia ni baik. Tapi mungkin iman dia tengah down kut, sebab tu dia banyak wat benda-benda mengarut ni. Aku yakin, naqib usrah dia kalau tahu benda ni mesti dia akan tegur.' Itulah sebaik-baik persangkaan yang boleh diberinya kepada roomate Rahmat.

"Sekarang kau faham kan? Aku tak tau macam mana nak tegur. Roomate aku kut. Tiap-tiap hari jumpa, nak sound-sound kang tak aman duduk sebilik."

"Sabar...Sabar..nanti kita tolong dia. Mungkin dia tengah ade problem kut. Aku rasa bukan tiap-tiap masa dia macam ni kan?"

"Entahlah Im. Tapi aku rasa, orang yang ikut usrah patutnya lagi baik dari ni."

"Jangan salahkan usrah. Orang yang ikut usrah tu je yang belum mengamalkan dengan sempurna apa yang dipelajarinya. Kena ingat gak, syaitan-syaitan yang datang menggoda orang-orang yang cuba mendekatkan diri dengan Islam ni mesti lagi power daripada yang datang pada orang-orang yang biasa-biasa. Tu yang kalau kita tak kuat, kadang-kadang kecundang. Takpelah. Nanti aku cuba apa yang patut."

"Em. Nah, ni jawapan tutorial aku. Nanti bagi masa kat kelas ye. Kalau tak paham, tanye la."

"Ok, thanks. Aku balik bilik dulu ye."

Ibrahim meninggalkan bilik itu dengan pelbagai perasaan. Serba salah, kecewa dan keazaman berbaur  dalam hatinya. Dia serba salah kerana telah bersangka buruk dengan Rahmat selama ini, menganggap Rahmat anti kepada aktivis-aktivis dakwah. Kecewa dengan pelbagai sikap para da'i yang wujud di kampus tempat dia mencurahkan baktinya. Dan keazaman, untuk memperbaiki dirinya agar dakwah akan dipandang mulia semula.

Memang itulah cabaran seorang yang ingin membawa Islam. Mereka pasti akan dituju dengan kata-kata yang tidak menyenangkan hati, hanya atas kesilapan-kesilapan yang dilakukannya. Yang menjadi masalahnya, nama Islam diburukkan sekali.




"Macam ni ke nak jadi Da'i!? Tak reti sopan santun langsung!" Jerit seorang yang ditegur, mungkin secara tak berhikmah.

"Nak bawak Islam, tapi belajar malas. Baik tak payah berdakwah kalau macam ni." Rungut seorang lagi.

Teringat pesan seorang Ikhwah :

"Akh, nak berdakwah ni kita kena pastikan kita berusaha menjadi yang terbaik di antara mad'u-mad'u kita. Selalulah ingat siapa diri kita. Kita ni Da'i. Mereka yang mengajak kepada Allah. Menyeru umat untuk memperbaiki diri mereka, untuk mencari redha Allah. Dan kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mad'u kita. Siapa yang akan dengar kata orang yang cakap tak serupa bikin? Seru orang tinggal maksiat, perjuangkan Islam, pelihara hak-hak Allah, tapi akhlaqnya hancur? Prestasi keduniaannya hampeh? Lebih teruk lagi kalau dia sendiri bermaksiat. Sebagai da'i kita tak boleh seperti kawan-kawan kita yang lain. Ingat, masyarakat akan menjadikan kita kayu ukur. Segala yang kita lakukan akan menjadi hujah mereka. Kalau da'i bercouple, orang umum boleh menganggap berzina tu benda biasa. Kalau Da'i tengok movie, diorang tengok benda-benda yang jauh lebih mengarut. Dan mereka pula akan sentiasa mencari titik salah kita. 10 kebaikan yang kita lakukan akan sirna hanya dengan 1 kesilapan yang mungkin kita anggap kecil. Dan sentiasa ingat, kesilapan kecil yang kita lakukan akan dipandang besar oleh orang lain. Memang susah, tetapi inilah tugas Da'i yang ingin menyeru orang lain ke jalan Allah. Kita perlu terus berusaha dan bersabar. Dan ingat, kita takkan mampu ubah orang lain selagi kita tidak mengubah diri kita sendiri."

'Ya-Allah, bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ampuni aku jika selama ini aku menjadi fitnah kepada dakwah dan menyebabkan orang lain semakin jauh dariMu Ya-Allah. Sesungguhnya aku berharap agar mereka semua kembali kepadaMu. Aku cuba mengimani pesan RasulMu bahawa aku ini masih belum beriman sekiranya masih belum mencintai saudara seislamku sepertimana aku menyintai diriku sendiri. Aku sendiri ingin menyelamatkan diri daripda azabMu, begitu juga aku harapkan bagi mereka. Berikan mereka kefahaman tentang agama Ya-Allah. Bantulah aku dalam membimbing mereka...'

Im terus berdoa di dalam hatinya...




Read more...

Nov 12, 2009

Izinkan Aku Membimbingmu...



Dakwah merupakan suatu seni.
Seni mempengaruhi fikiran.

Apabila menyentuh bab pemikiran, ia amat terkait dengan perasaan.
Manusia merasa dengan perasaan.
Manusia berinteraksi banyak terpengaruh dengan perasaan.
Kita tidak akan mampu mempengaruhi fikiran seseorang andai tidak menguasai perasaannya. Dan itulah yang dipanggil kecerdasan emosi.
Kemampuan merasa.
Kemampuan memahami perasaan seseorang.
Kemampuan memberi respon yang paling sesuai untuk masalah yang sedang dihadapi.



Namun kecerdasan emosi itu tidak berguna jika ianya dikuasai oleh mereka yang berorientasikan dunia. Mereka yang mempengaruhi orang lain hanya kerana ingin mencapai tujuan-tujuan tertentu dalam impiannya. Ia hanya akan menambahkan kehancuran demi kehancuran dalam tamadun kemanusiaan.

Apabila kecerdasan emosi dikuasai oleh mereka yang mempunyai impian hanya untuk menjadi orang terkaya, atau orang yang paling tinggi posisinya dalam kerajaan.




Namun, ia merupakan hal yang amat penting dikuasai oleh para du'at. Mereka yang ingin menyeru orang untuk kembali menjadikan Allah sebagai tuhan yang sebenar-benarnya. Tuhan yang disembah di setiap saat dan ketika. Bukan setakat tuhan yang hanya disembah di saat subuh, dan kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja sepanjang pagi, sehinggalah tibanya zohor barulah dia kembali menyembahnya.

Allah sepatutnya menjadi tempat bergantung di setiap saat, tujuan di setiap ketika, dan matlamat di setiap masa. Kerana realitinya ramai manusia hanya beribadah sekadar ritual, tetapi hakikatnya mereka menyembah berhala-berhala dunia yang kekal menebal dalam diri mereka.
Kerana itu kita perlu meluruskan fikrah manusia agar kembali meyakini bahawa Allah adalah tuhan mereka. Gunakan segala kemampuan kita menyampaikan kebenaran, bukan hanya sekadar mahu menyampaikan, tetapi dengan output yang jelas, agar mereka juga mahu bertaqwa. Sesuai dengan firman Allah :

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
[7:164]

Kerana hidup Da'i adalah bertujuan memperbaiki ummat. Bukan menilai kemudian menghukum mereka dengan keadaan mereka di saat itu.

Hayati kisah ini :

*****



"Jadi kita akhiri halaqoh kita malam ini dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr," kata pengerusi majlis,  mengakhiri sesi halaqoh malam itu.

Halaqoh malam itu berakhir jam 2.30 pagi. Agak lambat. Banyak perkara yang dibincangkan. Abu Mus'ab si murobbi menjawab banyak persoalan yang diajukan oleh keempat-empat anak halaqohnya.

Setelah bersalam-salaman, mereka lalu beransur pulang. Tiba-tiba salah seorang anak halaqoh Abu Mus'ab mendekatinya.

"Akh, ana nak bincang sesuatu dengan antum. Boleh kita bercakap sekejap?" Pinta Falah.

Abu Mus'ab agak berkira-kira. Perancangan asalnya adalah terus kembali ke biliknya untuk menyiapkan assignment yang perlu diserahkan pada esok hari. Namun segera dia teringat sebuah ungkapan oleh Fathi Yakan dalam bukunya : Al-Isti'ab - Meningkatkan Kapasitas Rekrutmen Dakwah.






Fathi Yakan mengungkapkan bahawa :

Dalam membimbing manusia kepada kebenaran, kesabaran yang tinggi diperlukan. Kerana masyarakat memiliki ragam yang pelbagai. Ada yang menganggap tiada yang lebih penting daripada kepentingan peribadinya. Orang seperti ini terkadang tidak akan berpuas hati sehingga menemui si Da'i untuk menceritakan masalahnya, tanpa memperdulikan masa dan kondisi si Da'i. Mungkin dia akan menemui tatkala kita sedang makan, ataupun ketika kita sedang tidur untuk beristirehat. Semua ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk tetap terus membimbingnya dengan baik.

Kerana seorang Da'i yang sebenar adalah Da'i yang hidup untuk orang lain dan bukan untuk dirinya sendiri, berusaha untuk membahagiakan orang lain meskipun harus mengorbankan kebahagiaan peribadi. Semua itu dilakukan dengan sebuah keyakinan bahawa apa yang dilakukannya akan membuahkan keimanan di hati mad'unya, dan yakin bahawa apa yang diusahakannya akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT pada hari hisab.

'Apalah sangat assignment aku tu nak dibandingkan dengan membimbing Falah. Mungkin masalah dia ni penting. Insya-Allah urusan itu akan dipermudahkan. Siapa yang membantu menegakkan agama Allah, nescaya Allah akan membantunya dan meneguhkan kedudukannya.' Getus hati Abu Mus'ab.

"Em, boleh je. Jom kita bincang kat bilik antum. Lagipun dah lama ana tak ziarah bilik antum."

Lalu mereka beriringan ke bilik Falah, yang terletak beberapa meter daripada surau kolej tempat mereka mengadakan halaqoh. Setibanya di bilik,

"Alah, Richard tidurla. Kita bincang dalam gelap je la, boleh akh?" Falah keberatan untuk membuka lampu kerana khuatir mengganggu roomatenya yang sedang tidur.

"Boleh je, ana tak kisah."

Lalu mereka bergerak ke arah katil dan duduk bersebelahan. Falah menuangkan air masak ke dalam cawan dan mempelawa Abu Mus'ab untuk minum. Lalu Falah membuka ceritanya.

"Sebenarnya akh, ana dah tawar hati nak ikut halaqoh lagi. Ana rasa halaqoh tak dapat membantu ana. Bukannya ana kata antum tak bagus. Ana nampak tujuan antum nak bawa ana kembali pada Allah, ajar baca quran, jaga subuh dan dirikan tahajjud. Semua tu bagus. Tapi ana rasa ana dah tak boleh berubah. Yang ana rasa mampu ubah ana hanyalah kawan ana masa di sekolah dulu. Hazim. Dia je yang faham perasaan ana. Dia yang bantu ana untuk tinggalkan zaman jahiliyah ana. Dia je yang sanggup layan semua karenah ana. Dulu ana bukannya orang baik-baik. Semua kawan-kawan benci. Sampai ana takde kawan pun. Dia seorang je yang selalu dampingi ana. Tapi sekarang dia dah takde. Jadi ana rasa ana akan kembali kepada jahiliyyah semula. Parent ana pun tak dapat tolong ana. Selama ni diorang hanya bagi ana duit untuk makan je."


Abu Mus'ab meneguk air, lalu meletakkan cawan ke atas meja.


 


"Kawan antum tu dah takde, maksud antum...?"

"Dia ada, cuma dia takde kat sini la. Dia dah fly ke oversea. Dia dapat tawaran medic kat Mesir. JPA. Bukanlah dia dah takde langsung."

"Owh, ana ingat apa-apa dah jadi pada dia. Jadi antum selama ni memang bergantung harap pada dia je ke?"

"Boleh kata macam tu lah. Ana tak kesah apa orang lain kata, asalkan dia bahagia. Kalau dia suruh ana buat apa pun ana sanggup. Boleh kata ana masih nak teruskan hidup lagipun sebab dia. Ana memang pernah terfikir taknak hidup lagi dah sebab dia nak fly ke Mesir tu. Tapi fikir-fikir balik, orang yang bunuh diri ni mati masuk neraka selama-lamanya, tak jadi fikir lagi."

'Mak aih, dahsyat betul dia nih. Nampaknya Hazim tu amat penting dalam hidup dia. Tapi sayang, dia tak meletakkan prioriti yang betul dalam hidupnya. Ya-Allah, berilah aku kekuatan untuk membantunya.' Detik hati Abu Mus'ab, sambil berharap bantuan kepada Allah.

"Dia mesti seorang yang penyabar kan? Susah nak jumpa kawan yang baik macam dia. Ana pun kagum dengan kesabaran miliknya. Harap Allah beri ana kekuatan untuk jadi penyabar dan perihatin seperti Hazim. Bila dia fly?"

"Minggu lepas."

Abu Mus'ab jadi mengerti. Falah kelihatan amat muram ketika ditemui di Cafe. Tidak ceria seperti selalunya. Dan ketika halaqoh tadi, Falah amat pasif. Tidak banyak bercakap dan mengambil bahagian dalam perbincangan.




"Mesti sedih kan kawan yang kita sayang dah tak bersama kita. Tapi antum masih boleh call dia, chat ke. Sekarang ni dunia dah canggih, senang je nak berhubung. Kalau orang dulu-dulu tu kena buat isyarat asaplah, hantar burunglah, hantar nota dalam botol lepas tu campak kat laut lah. Kesian diorang."

"Hahaha..antum ni. Ade ke orang wat macam tu dulu? Tapi akh, bukan senang nak contact lagi. Mahal pulak tu."

"Betul tu. Orang yang kita sayang, takkan selamanya berada di sisi kita. Kelak dia akan pergi juga. Kalau ditakdirkan Allah mengambil nyawanya, dia tetap akan pergi. Dan kita takkan mampu terus bertahan jika kita bergantung kepada apa-apa yang tidak kekal."

"Maksud antum?"

"Maksud ana, jika kita bergantung harap kepada makhluk, kita tidak akan mampu bertahan selamanya. Kita kena ada tempat bergantung harap yang lebih kukuh. Kepada pencipta makhluk. Al-Kholiq."

"Maksudnya kita kena bergantung kepada Allah? Tapi akh, ana tak dapat rasa yang Allah membantu ana. Selama ni yang memberi perhatian, kasih-sayang, dan segala harapan pada ana, rasanya Hazim je. Dia la manusia paling baik yang ana pernah jumpa."

Abu Mus'ab mencapai cawan di atas meja dan meneguk air masak itu. Kemudian dia menghela nafas, lalu meneruskan.

"Memang selama ni kita dapat lihat yang memberi sinar dalam hidup antum tu kelihatannya Hazim. Tapi sedar tak kita, siapa sebenarnya di sebalik ini semua?"

Falah terdiam berfikir.

"Siapa sebenarnya yang mengaturkan antum akan satu sekolah dengan Hazim?" Abu Mus'ab melontarkan persoalan.

Falah ingin menjawab itu semua suatu kebetulan. Tetapi teringat akan kata-kata Abu Mus'ab dalam halaqoh yang lepas,

"Tiada kebetulan yang berlaku di dunia ini. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Dalam berjuta-juta pelajar SPM 2007, hanya 500 orang sahaja yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini. Dan di antara 500 orang itu, hanya antum berlima sahaja yang kemudiannya terpanggil untuk hadir ke halaqoh malam ini. Kalau kita kita kebarangkalian ini akan berlaku, agak-agak berapa Falah?"

"Hurm, kalau kira-kira macam (500/1,000,000)X(5/500)=0.00005 je. Macam tak mungkin kebetulan je."

"Betul tu. Tu belum kira lagi kebarangkalian kita lahir ke dunia ni."

"Hah, tu lagi tak dapat kira. Kita adalah 1 daripada beribu juta sperma ayah kita yang bergabung dengan ovum ibu kita. Kebarangkaliannya :(1/10000000000000...) er, brapa kosong ek? Alah, senang kira 1/infiniti, kosong!" Paan mencelah.

"Tepat sekali. Pandai betul ikhwah-ikhwah halaqoh ana semester ni mengira. Ni kalau amek Probability & Statistic mesti score nih! Haa..macam Paan cakap tadi, kesimpulannya, ia bukan suatu kebetulan. Ia pasti sebuah perencanaan. Siapa lagi kalau bukan Allah yang mangaturnya. Semua itu telah tertulis di lauh mahfuz, seperti firmanNya :

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).
[6:59]

Falah lalu dengan yakin menjawab, "Allah".

"Jadi sebenarnya Allahlah yang mahukan Falah bertemu dengan Hazim. Dan kenapa Hazim yang kemudiaannya mampu membantu Falah untuk melepasi pelbagai ujian dan cabaran? Yang memberi sinar harapan untuk Falah meneruskan kehidupan? Kenapa bukan orang lain? Boleh je kalau Allah nak Idham kawan antum tu yang berperanan sebagai Hazim, kan?" Abu Mus'ab kembali bertanya

"Em, sebab Allah yang tetapkan macam tu.." Falah menjawab ringkas.

"Jadi kalau kita selidik semula, sebenarnya siapa yang mahu Falah dibantu, dibimbing, dan ditolong?"

"Allah.."

"Siapa pula sebenarnya yang mahu Falah bahagia, merasakan ada sinar harapan dalam hidup, yang membuatkan Falah merasa dihargai dan disayangi?"

"Allah.."

"Jadi ana nak tanya, selama ni siapa yang sebenarnya menyayangi, mencintai dan membuatkan antum terus hidup hingga saat ini?"

"Allah..."




"Jadi, sepatutnya selama ini antum berubah sepatutnya kerana Allah. Kerana dialah yang memberikan kita segala-galanya yang kita ada sekarang. Badan, kaki, tangan, kepala, nyawa, bahkan perasaan yang kita milikipun sebenarnya pemberian Allah kepada kita. Allah sayang sangat pada kita akh. Kita je yang terkadang melupakanNya. Kita yang menjauhiNya."

Falah menitiskan air mata sulungnya. Bukanlah bermakna itulah pertama kalinya dia menangis, tetapi pertama kali dia menangis atas tujuan yang benar. Merasakan bahawa selama ini Allah cukup baik kepadanya. Dia menyedari yang segala apa yang ada pada dirinya di saat ini bukanlah miliknya, tetapi milik Allah.

Allahlah yang menghidupinya hingga ke saat ini.

Allahlah yang membuatkan dia tertawa, menangis, gembira dan bahagia selama ini.

Allahlah yang memberikan kepadanya segala-galanya.

Dan kini dia memahami bahawa segala yang dilakukannya perlulah dilandaskan untuk Allah. Bukan kerana makhluk Allah yang bernama Hazim. Dia malu akan pengangannya selama ini.

"Jazakumullah Khair akh. Ana faham sekarang. Ana dapat rasakan apa yang perlu dilakukan sekarang. Hidup untuk Allah. Hidup untuk memenuhi tuntutan-tuntutan Allah. Ana akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi semua perintah Allah, dan berkorban untuk Allah sebagaimana ana dulu sanggup berkorban untuk Hazim." Ikrarnya.

"Jika kita cintakan bunga, bunga akan layu. Jika kita cintakan wang, wang akan habis. Jika kita cintakan manusia, manusia akan mati. Namun jika kita cintakan Allah, Allah akan kekal selama-lamanya. Dan tiada siapa yang akan merebut Allah daripada kita. Dan tiada siapa juga akan berkecil hati jika kita menjadikan Allah sebagai kekasih kita." Abu Mus'ab mengungkapkan sebuah madah.

"Betul tu akh. Semoga lepas ni Allah akan menjadi tujuan hidup ana. Doakan Akh."

"Insya-Allah"

Falah kemudiannya memeluk Abu Mus'ab sepenuh hati. Abu Mus'ab turut menjadi terharu atas kesedaran Falah. Hatinya bersyukur dan bertahmid memuji keagungan Allah. Hatinya berdoa :

'Ya-Allah, aku cintakan hambaMu ini Ya-Allah. Satukanlah hati-hati kami dalam jalan mencari redhaMu. Jadikanlah dia mujahid yang berjuang di jalanMu. Cintailah dia sebagaimana Kaumencintai para rasulmu. Jadikanlah dia mencintaiMu sebagaimana aku mencintaiMu, malah lebih lagi Ya-Allah. Ya-Allah...perkenankanlah...'



Read more...

Nov 7, 2009

Mahu Berdakwah atau Tidak?

"Assalamu'alaikum...ada masa?"

"Wa'alaikumussalam...ye, kenapa?"

"Berat rasanya nak meneruskan jalan dakwah ni. Kita nak berdakwah pada orang, tapi kita sendiri masih lemah, masih perlu diperbaiki."

"Satu perkara yang perlu kita ingat, bersyahadah sahaja kita, maka kita wajib berdakwah. Tidak kiralah siapapun kita. Setiap orang wajib berdakwah, walaupun dia belum mampu berdakwah."

"Macam mana pula tu? Macam mana kita boleh berdakwah kalau kita tak mampu?"

"Makanya, mampukan dirimu. Berusaha untuk mampu. Sama sahaja dengan orang-orang yang berkata, saya masih belum mampu nak pakai tudung. Hakikatnya dia masih wajib untuk mengenakan hijab muslimah sejati, walau apapun alasannya.



".......tapi, pembinaan diri ana pun masih tak setel lagi."

"Semua orang boleh beri alasan begitu. Tetapi hakikatnya setiap orang punya kewajiban yang sama. Kita tetap perlu berdakwah walaupun kita masih terbelenggu dengan karat jahiliyah. Kita masih wajib menyeru kepada kebaikan ataupun amar ma'ruf, walaupun kita masih belum melakukan kesemuanya. Kita juga masih sahaja wajib menyeru untuk meninggalkan kemungkaran ataupun nahi mungkar, walaupun kita masih melakukannya. Itu konsep asas yang kita semua faham rasanya."

"Betul tu..ana sedar semua tu...tapi..."

"Kemudiannya yang membuatkan kita ragu-ragu, rasa tidak mampu dan tidak layak tu, hanyalah syaitan. Dia dan teman-temannya sentiasa membuatkan kita terasa lemah di jalan ini dan kemudian terdorong untuk meninggalkanya. Ataupun paling kurang, membuatkan kita rasa kita tidak perlu berbuat lebih di jalan ini. Sekarang ada 2 pilihan sahaja, mahu berdakwah atau tidak? Tiada yang ketiga."

"Cukuplah tu...dah menitis air mata ana ni.."

"Afwan...kebenaran memang pahit, namun seperti ubat yang pahit, kita kena telan juga. Meludahnya kembali tidak memperbaiki keadaan..."

"Betul tu..afwan juga mengambil masa antum. Ana beransur dulu, Assalamu'alaikum..."

"Ana pun sama. Afwan salah silap...Wa'alaikumussalam.."

Read more...

Nov 3, 2009

Mimpi?


 
Kafe V3 kelihatan amat sibuk. Ramai mahasiswa sedang makan tengah hari. Di suatu sudut, terlihat 4 orang yang sedang rancak berbual. Sekali sekali mereka tergelak kecil. Namun kadang-kadang agak besar juga gelaknya. Namun segera dikawal bagi mengelakkan pandangan serong pengunjung-pengunjung kafe yang lain.

"Weh, banyaknye ko makan arini Buzai. Macam tak makan seminggu!" seorang yang berbadan gempal memulakan bicara. Sesekali dia membetulkan letak kaca matanya. Berpura-pura pelik dengan tabiat teman sekuliahnya itu.

"Buzai memang gitu la Malek. Ko jangan buat-buat tak tau. Kalau makan macam kita ni, tu bagi dia macam makan choki-choki je kut." Sampuk Im, yang tidak lain roomate kepada Buzai.

"Sedap mengata...aku tak sarapan lagi la. Tu yang banyak sikit tu.." Buzai mempertahankan dirinya atau kata lain, menegakkan benang yang basah. Sesekali mengusap perutnya. Kekenyangan barangkali.

"Apasal la korang ni. Mesti kes bangun lambat lagi ni kan? Ko pergi mana semalam Im. Kul 2 aku tengok ko tak balek lagi. Ko balik kul bape?" MatKhai yang dari tadi senyap menyampuk.

"Aku balik kul 4.30 kut. Pastu ingat nak qiamullail sikit. Amek wuduk, bentang sejadah, pastu sedar-sedar dah kul 7!"

"Owh, patutla tak nampak kau kat surau pagi tadi. Korang qada' tahajjud ngan subuh sekali ek?" Malik bertanya sambil tergelak-gelak.

"Wuih, aku sempatla tahajjud 2 rakaat..slack tak set alarm kul 5.45 je. Tu yang terlajak sampai kul 7 tu. Tapi no hal, pahala berjemaah tetap ada..haha.." balas Im.

"Alah kau Im, sama je ada alarm ke tak, tak bangun gak!" Buzai kembali mengenakan.

"Mana taknye, ada je orang yang matikan alarm aku. Kadang-kadang aku bangun tengok-tengok wayar speaker dah cabut. Tak guna betul orang tu. Patutnye kejut la aku dulu."

Mereka tertawa terbahak-bahak.

"Korang berdua ni memang kelakar betul la. Macam-macam. Hah Im, ko mimpi ape sampai tak terdengar orang azan subuh?" Matkhai kembali bertanya.

"Tu yang pelik tu. Aku tak mimpi apa-apa pun. Sedar-sedar je Si Buzai ni dah ada kat depat desktop dia. Lampu dah menyala. Aku tanya dia, ko dah semayang lom? Dia kata, "Belum, tunggu kau la ni." Ape ke peliknye jawapan, kejutla aku dulu patutnye."

"Aku pun baru bangun la masa tu. Aku bukak lampu, pastu nak tutup komputer. Tak perasan pun ko tertidur atas lantai tu. Ingat ko da semayang dulu tak kejut aku."

"Macam-macam la korang nih. Weh Im, mesti ko ada mimpi apa-apa. Cuba ingat-ingat balik."

"Lek, dia penat sangat kut. Sebab tu tak mimpi apa-apa. Aku pernah, masa camping, lepas nightwalk malam tu, tak tido-tido. Lepas subuh campcom bagi can tido. Memang tak mimpi ape-ape pun." Matkhai menceritakan pengalaman.

"Mana boleh, mesti ada mimpi punya. Sebab masa tu roh ko keluar. Mesti ada apa-apa berlaku. Cuma ko tak dapat nak ingat je, sebab ko penat sangat." Malek mempetahankan pendapatnya.

"Tu la ko tak tau si Im nih. Dia kalau penat, dengan roh dia sekali penat. Lepas dia tidur tu, roh dia ingat nak keluar la. Sekali pancit punya pasal, bila roh tu keluar, dia pun join tidur sekali sebelah dia." Buzai mengeluarkan hipotesis yang tersangat hebat darjah kemengarutannya. Mereka tidak dapat menahan gelak lagi. Tebahak-bahaklah bunyi tawa kedengaran di sekitar meja itu. Kelihatan beberapa pasang mata mula melihat ke arah mereka.



"Woi, agak-agakla. Boleh pulak roh tu penat. Kalau ikut hipotesis mengarut Si Buzai ni, agaknye kalau leh tengok, ade 2 orang Im tengah tidur masa tu. Sebela-menyebelah." Malek menambah perisa.

"Dah-dah..mengarut korang nih. Kang tersembur air aku ni kang." Buzai yang sedang meneguk air tersengih-sengih.

"Hahaha...korang nih memang happy-go-lucky. Aku tak pernah jumpa korang, tak gelak. Mesti ada je lawak bingung yang dibuatnye. Tapi bagi aku, mimpi ni banyak hikmahnya." Im kelihatan ingin berkongsi.

"Hah, ape maksud kau?" ucap Matkhai dan Malek hampir serentak.

"Aku pernah mimpi yang rasa macam betul-betul aku lalui. Tapi mimpi tu putus-putus. Dia macam flashback. Aku tak boleh tentukan jalan cerita, tapi leh rasa apa yang berlaku tu. Memang real."

"Hah, macam menarik je, cerita la." Malek kelihatan tidak sabar.

"Macam ni..."

Suasana seperti waktu pagi. Cahaya matahari tidak begitu terik mahupun redup. Waktu dhuha barangkali. Aku melangkah ke tempat berwudhu'. Teringin untuk membasahkan anggota dengan air yang kemudiannya menjadikan syarat sah sesuatu solat.

"Wah..Akhi...tak sangka ya. Dah nak nikah. Tahniah, tahniah.." adik halaqohku tiba-tiba muncul di tepiku.

'Ah..? Aku nak nikah?' Aku tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum segaris. Perasaan penasaran dan bahagia bercampur-baur membentuk suatu perasaan yang tidak tergambarkan.

"Jangan lupa ajak ana nanti ya. Dah tak lama lagi kan?" Dia menyambung.

'Betul ke aku nak nikah dah ni? Bila lak parent aku bagi kebenaran?' Aku terus tersenyum dan menjawab pendek dan yakin. "Em..insya-Allah.."

*****

"Antum dah bersedia nak jumpa dengan akhwat tu? Kejap lagi  insya-Allah kalau tak ada aral melintang majlis ta'aruf tu akan berlangsung. Kita akan buat kat rumah ana." Murobbiku bertanya.

"Insya-Allah akh, ana dah bersedia. Soalan-soalan yang perlu dibincangkan ana dah sediakan." Aku menjawab dengan yakin. 'Hah? Malam ni ta'aruf? Siapa akhwat tu? Aku kenal ke?' Perasaanku ketika itu amat berdebar-debar. Jantung agak kencang degupannya. Saat yang indah bakalku hadapi.

"Nta pilih taknak bersua muka ni muktamad ke? Nak di sebalik tabir je? Antum boleh je tengok dia, takde masalah pun. Nabi pun syorkan untuk tengok bakal isteri kita." Murobbiku bertanya.

'What? Aku taknak tengok bakal isteri aku dulu? Betul ke ni?'

"Entahlah akh, rasanya boleh je. Tapi hati ana dah mantap. Antum yang pilihkan calonnya, ana tsiqoh je. Insya-Allah, asalkan beriman, semuanya ok. Dapat lebih, itu kan bonus." Aku menjawab selamba. Terus tersenyum tenang.

"Ok, kalau macam tu mari kita pergi."

Aku menuruti langkah murobbiku. Kami berjalan seiringan. Bergerak daripada masjid yang terletak berhampiran menuju ke rumahnya.



"Antum jangan risau, akhwat ni memang bagus, insya-Allah. Pengorbanannya, komitmennya pada dakwah, akhlaqnya, semuanya terbukti alhamdulillah. Kalau menurut ana, dia ni cantik. Tak tahulah menurut antum. Ana rasa antum dah pernah jumpa dengan dia ni.."

'Hah? Siapa dia ni? Subhanallah...Betul ke apa yang aku dengar ni? Ya-Allah..jagalah keikhlasan hatiku.' Aku hanya tersenyum. Hatiku berbunga-bunga. Perasaan yang cukup indah. Tidak terungkap dengan kata-kata. Kami terus berjalan sehingga sampai ke rumah murobbiku. Kulihat di depan pintu ada sepasang kasut perempuan.

'Dia punya kah?'

Lalu kami memasuki ruang tamu. Ada tabir yang menghadangi antara kami. Di balik tabir aku dapat melihat kelibat 2 orang. Mungkin itu si akhwat dan yang satu lagi zaujah murobbiku. Cahaya lampu menyebabkan bayang-bayang mereka terlihat di tabir. Lalu kami duduk berhadap-hadapan dipisahi tabir.

Lalu murobbiku membuka majlis dan menyerahkan majlis kepadaku.

"Assalamu'alaikum Ukhti." Ujarku. Hatiku penuh berdebar-debar. Saat itu sudah tiba?

"Wa'alaikumussalam Akhi." jawab si akhwat. Lembut.

'Macam pernah dengar je suara ni. Siapa ya?'

*****

Matahari kelihatan terik. Aku sedang berjalan di susur gajah untuk kembali ke kolej kediaman.  Baru selesai kuliah di poket D rasanya. Tiba-tiba terasa telefon bimbitku bergetar. Mesej masuk. Aku membuka inbox.

'Zaujati? Hah? Aku dah nikah ke ni?' Perasaan bahagia menyusup ke dalam jiwa melihat mesej itu.

Aku buka SMS itu dan membaca isinya.

Abang dah habis kelas? Jom lunch. Saya pun dh abis kelas ni. Saya tunggu abang kat cafe V3 ye.

Aku terus melangkah ke cafe. Kakiku menuju ke kawasan makan. Kelihatan seorang wanita bertudung labuh berwarna biru laut dengan jubah biru gelap sedang duduk di sebuah meja. Posisinya membelakangiku. Aku dapat merasakan semacam mempunyai sesuatu pertalian yang  amat kuat dengannya.

'Itukah dia? Zaujah aku ke tu?'

Kakiku melangkah terus mendekat kepadanya. Perasaanku sukar digambarkan. Rindu bercampur bahagia.

"Assalamu'alaikum.." Aku memberi salam


"Wa'alaikumussalam.." Dia menjawab. Lalu perlahan-lahan perempuan itu memusingkan badannya.

*****

"Hah, lepas tu pe jadi?" Matkhai menyampuk.

"Entah, cerita tu sangkut sampai kat situ je. Entah bila nak sambung mimpi tu. Sebenarnya tu 3 mimpi yang aku gabungkan jadi satu cerita." Im meneruskan. Dia tidaklah menceritakan serinci itu kepada mereka, cukup sekadar apa yang difahami mereka. Disebut murobbi, akhwat, zaujah dan lain-lain bukannya depa paham.

"Hisyh ko ni. Mimpi la abeh-abeh. Main sangkut tengah-tengah je. Abeh tu, kau kenal tak siapa perempuan tu?" Buzai yang daripada tadi khusyuk mendengar tiba-tiba bersuara.

"Ape ko ingat aku leh suka-suka sambung mimpi tu ke ha. Tapi yang aku perasan, setiap kali aku nak tengok siapa dia je, mesti aku tersedar. Tapi itulah hikmahnya."

"Apa hikmahnya?" Tanya mereka hampir serentak.

"Aku dapat meyakini, percintaan yang paling membahagiakan itu adalah selepas pernikahan, dengan isteri yang sah! Perasaan yang aku rasa masa mimpi tu memang real. Agak-agak lepas nikah nanti mesti lagi best! Sekurang-kurangnya terubatlah sikit kegersangan aku selama ni. Haha~.."

"Ceh, jiwang pulak mamat nih." Matkhai kemudian tertawa kecil.



Mereka kemudiannya menghabiskan makanan dan bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Masing-masing merasakan terdapat sesuatu yang misteri dengan mimpi yang dialami. Dalam diam, mereka mula mengakui bahwa ada benarnya mimpi Im. Sebaiknya itulah cara pernikahan yang perlu dilalui mereka.




wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik...
[An-Nur, 24:26]

 

Read more...

Nov 2, 2009

Suara Persaudaraan



Pagi itu sepi.

Hening.

Sesekali terdengar kicauan burung berzikir mengangungkan Rabbnya, menambah ketenangan yang dirasakan bagi setiap jiwa yang hidup dan sentiasa memikirkan tentang kebesaran ciptaan tuhan.

Sungguh, pagi itu Universiti Tarbiyah Pendakwah (UTP) terasa bergitu menenangkan.



Di suatu bilik kolej kediaman, detakan papan kekunci laptop milik seorang pelajar mahsiswa tahun 2 memecahkan keheningan suasana. Jiwanya merasa terpanggil untuk menggerakkan tetikus untuk menghubungi saudaranya yang dicintai melalui perisian berbual maya Google Talk atau yang lebih dikenali sebagai Gtalk. Kemajuan teknologi yang ada digunakan sebagai wasilah mencari redha Allah, merapatkan ukhuwwah.



Lalu terjadilah sebuah perbualan yang begitu manis di antara mereka berdua :





Soutul Ikhwah
:
Assalamu’alaikum Akh...
Sabahan Muslim
:
Wa’alaikumussalam...
Soutul Ikhwah
:
Antum punye test jam brapa hari ni akh?
Sabahan Muslim
:
3-5 PM
Soutul Ikhwah
:
Owh, ptg..
Sabahan Muslim
:
Pagi ni ada lab
Soutul Ikhwah
:
oo..
Akh, ana rasa belum mampu la akh.
Sabahan Muslim
:
Belum mampu apanya akhi?
Soutul Ikhwah
:
Belum mampu nak buat...
Sabahan Muslim
:
Buat apa si...
Soutul Ikhwah
:
Sabahan Muslim
:
Huhu..yang pasal nikah tu kaa..
x dpt byngkn if kita di posisi dia kan
subhanallah
Soutul Ikhwah
:
Huhu...
lagi2 kalau yg jd abu darda' tu antum
Sabahan Muslim
:
Hehe...
Soutul Ikhwah
:
Kalau si Ipin apatah lagi
Sabahan Muslim
:
Huhu~~
rencana Illahi.. wallahu'alam
ana akan cuba jadi abu darda' untuk antum
haha
mana tau antum ada nak akhwat sabah
mari ana jadi pengantar
Soutul Ikhwah
:
itu le..hahaha..
tp ape pun..
ana sayang antum semua...
Sabahan Muslim
:
=)
sayang antum juga..................
(boleh la jadi abu darda' ni)
Soutul Ikhwah
:
sebab antum semua adalah org yg Allah kurniakan pd ana
untuk sama2 berjuang di jalan ini
Sabahan Muslim
:
T_T
(touching)
Soutul Ikhwah
:
ana harapkan ukhuwah kita sampai ke syurga....
Sabahan Muslim
:
(ngam2 lagu yg ana tengah play lagu i'tiraf haddad alwi)
terimalah premintaan kami ya Allah
Soutul Ikhwah
:
Huhu.. amiin...
kita kena sama-sama saling kuat-menguatkan di jalan Allah ini...
Sabahan Muslim
:
insyaAllah khi..
Soutul Ikhwah
:
kalau bukan kita, siapa lagi...
Sabahan Muslim
:
saling menyabarkn, mengingatkn, nasihatkn, n so on so forth
Soutul Ikhwah
:
insya-Allah kitalah yang membuat perubahan yang terbaik di jalan Allah ini
Sabahan Muslim
:
takbir.....
(macam ceramah politik la pula)
Soutul Ikhwah
:
Allahuakbar!!
Huhu.. ESQ la
Itu lain..
Sabahan Muslim
:
Ha... betul3(gaya upin ipin sket...)
Soutul Ikhwah
:
takbir yg deras!
Sabahan Muslim
:
ALLAHUAKBAR..............................
hehe
Soutul Ikhwah
:
huhu
Sabahan Muslim
:
(capital letter ilustrate deras)
Soutul Ikhwah
:
skg copy paste chat kita nih...
tulis kt blog
huhu~~
kalo jd cerpen mntp nih..haha
Sabahan Muslim
:
Antum buat la..huhu~~
Soutul Ikhwah
:
Ok la akh, ana ade kelas la.
Sabahan Muslim
:
K, lillahita'ala ye...
Soutul Ikhwah
:
Insya-Allah...
doakan kesejahteraan para ikhwahfillah spnjang hr nih
Sabahan Muslim
:
selamanya
Soutul Ikhwah
:
insya-Allah....
salam...
Sabahan Muslim
:
Salam
=)
Soutul Ikhwah
:
(^_^)v



'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."






 


UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA...

Read more...

Oct 21, 2009

The Unforgettable Moment





It was the most unforgettable moment in my life. I’ve been through an experience which I don’t think I can handle it anymore in the future. May Allah will always guide me to have a this strong faith and belief  towards what’s right in His side. I admit, you are really precious in my life, but I’ve realized there is something that is way more important and valuable from our love. And in order to reach the most precious and important, I need to choose either one…

******

That night, the gathering was ended early. At 10, everybody was free to do as they wish. The organizer understood our conditions. Everyone must be very exhausted after having a whole day of tiring journey to the program site. They would be surely not hoping for the tentative to be extended till midnight.

            Then suddenly something was tickling my guts to ask a question to one of the facilitators in the seminar room. A question which has haunting my mind for years. I was thinking that it was the best time to ask him about this matter ; coupling. But I was hesitated. ‘What if it’s true, coupling is prohibited in Islam? Should I clash? Aaah, forget it. No worries. Just ask him and go. I’ve done nothing wrong.’

            Slowly I approach the brother’s side. He is reading the Quran Translation by himself.

“Assalamu’alaikum Brother. I’ve a question which is bothering me. Do you mind if I ask you something?”

“Wa’alaikumussalam. Not at all. Have a seat.”

“Erm, the story is some kind like this. Before engaged with this da’wah, I’ve already get to know a friend, a girl. But we were not just an ordinary friend. Can be categorized as best friend.  Quite a what so called, close friends.”

“You are in love?” he asked then.

            I’m very shy to admit that I was coupling. Can’t imagine what the brother would say. He must be angry. But, what excuse can be given? I then nod my head.




“Actually, does coupling is allowed in Islam?”

            With a soft intonation, he replies:

“Akhi, it’s a normal human tendency, the male will be attracted to the female, and vice versa, the female will be attracted to the male. But in Islam, the natural tendency must be controlled and channel to the right place. The social interaction have its limiting boundary. Allah said in the Holly Book, in Surah Al-Israa, Chapter 17, verse 32 :
And do not approach unlawful sexual intercourse (zina). Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way.”



 “But, I didn’t see what me and her are doing right now is a path leading to zina. Out intentions are pure. We have been trying our best to avoid any sinful acts. Our SMS were never to be about romance. Even we alternately giving tazkirah for each other. Today my turn and tomorrow she’s. What is wrong with all this?”

I don’t want to give up.

“It’s true, your intention is pure. But one thing we all must remember, our intention will never make a bad deeds become halal. The wrongdoing will always remain as a wrongdoing, and the truth will always remain as a truth. Let us see this verse.”

            He then showed me his Translations and pointed to this verse:

How the people of Ad and Thamud were destroyed is evident to you from their homes. Satan made their deeds seem attractive to them and prevented them from the right path, even though they had visions.
[Al-Ankabut, Chapter 29, Verse 38]

“Akhi, if you understand what Allah is trying to tell us from this verse, what is happening to you is the Syaitan have vague up your view. He have made your deeds seems attractive and good to you. Even though you have a good vision, which is you have deep knowledge in religion. Moreover, it can’t be all the while in your SMS with her, only Allah is in your mind. There must be moments that you just entertaining your desire with her, isn’t it?”

            His words likely to be true…

“It’s true, but we have made a deal. We won’t go out for dating anymore. Because if we meet, it will leads to many sinful acts. And she has agreed. We consistently watch over our acts. Do all these acts still lead us to zina?” I bombarded him with all the excuses.

“Yes, you are right with that. When you didn’t see her anymore, you will avoid your eyes, hands and legs  from doing zina. And if you agreed not to call her anymore, you will avoid your ear and tounge from zina. But akhi, there will still a zina that you won’t be able to avoid while coupling.”

“Zina of the heart?” I guessed.




“Yes. The zina of the heart. These is what our beloved Prophet Muhammad Peace Be Upon Him explained in one of his hadith about approaching zina. You can recheck in Riyadh As-Sholihin, a book of hadith written by Al-Imam An-Nawawi, under the chapter of prohibition of looking at women. The Prophet explained that the zina of eye is seeing. The zina of tongue is talking. The zina of hands is holding. The zina of legs is walking towards sin. And The zina of heart is is to desire, to remember and imagining the girl. The truth is, you will never avoid your heart from doing zina while coupling."

            I was silent still. Speechless. Can’t find a right word to say. All that he said was true. Nothing seems to be deniable. And then he continues.

“Actually, I’ve been to this coupling life. And mine is longer than you. It starts since I was in secondary school until I was almost completed my study in the university. But when I realized that what I’m doing is wrong, I left it immediately. I even have imagine that she will be my future bride, the one that will raise up my children. But praised to Allah, he showed me a better way. Now I’ve married, with someone which is way better than her. Compared to your problem, mine is bigger to solve.”

“But bro,I’m worried. What wil her friends said if we break. I’m the one who really want us to be together.  And I used to request their help to put us together. I’m sure that they all will be really mad at me. And my most concern is about her. What if she can’t accept the truth and done something stupid. We have been really close to each other."

“Even if her friends become mad at you, it doesn’t change anything. What can they do? The worst is the will badmouthing you at your back. Nothing to be loses. Furthermore in da’wah, we want to find Allah’s redha. Just ignore all of those badmouthing towards you. What’s important is Allah’s Redha. Mardhatillah. If Allah didn’t redha, everything else will be useless.

            Again, speechless is the choice.

“And about her, let us think from the positive side. Maybe she will accept your decision full of maturity. Maybe this will be her turning point to improve herself and she also won’t be coupling anymore. I’m sure that she won’t be doing those stupid things. Even if she does, it’s not your responsibility. Everybody will be asked for what he or she have done, not others. That is because she’s the one who chose to act in that way.”

            That’s it. I can’t stand it anymore. I can’t resist myself from crying. It is all crystal clear now. It is very clear that coupling is prohibited in Islam, haram.




“So, what should I do?”

“When I realized about the truth, I just send her one SMS. I explained to her that our relationship is actually not allowed in Islam. Hope we can end it here. Please don’t look for me anymore. Then I change my phone number. Since that time, I’ve never contacted her anymore.”

“Does it means I can’t contact her anymore after this? But I also have other female friends, why can I contact them?”

“Different case applies for her. You already have ‘history’ with her. But if someday you and her will been to the same university fatefully, study in the same course, and needed to work in a group, at that time you just need to treat her as a normal group partner.”

Then this thought came to my mind.

Does he want me to break up now? This very night? Wasn’t it’s too soon?

“Bro, I think I still don’t have the guts to do this. Can I wait till I’m have the will to do so?”

The sentence is just another excuse. But surprisingly he replies,

“Akhi, there’s one thing you need to know. We can’t wait for the guts or strength to come, we need to build it. Even Allah won’t change the condition of a nation until they change their own condition. You can refer to Surah Ar-Ra’du, Chapter 13, verse 11. Moreover, till when will you want to leave this sin. If you want to know, most of the facilitators you’ve seen here were coupling before. But when the engaged with da’wah, they left it.”

            I guess there is no way out. This brother really insists me to clash at this instant.

“Everything is crystal clear now. It seems that I have no choice other than leaving this thing, isn’t it? It feels really hard to press this phone keypad. Feeling incapable to do so.”

“In that case let me type it for you.”

“Eh, no need. Let me do it myself.”

I’m very doubtful at that time. But I enforce myself to do so.

‘Everything is clear now. What for is my doubt? There’s no mean for me to dawdle. I can’t imagine if this feeling to do what’s right is taken back by Allah, I don’t know when I will be granted with this hidayah again. Furthermore, I always pray so that I can leave every sins that still left in me. I’m sure this is the right time.’

Slowly, the message is typed…

"Assalamualaikum..Actually our relationship is not allowed in Islam. I thought that by changing the way we interact, it have been allowed, but it’s still remain as sin. I hope that you will be istiqomah carrying on with all the good changes you’ve done, for Allah sake. I’m sorry for everything happened between us. If we were written to be together, we will meet again. Assalamu’alaikum.."

            It was really hard to send the SMS. I still can’t afford to say goodbye. That’s why in the message I only end with Assalamu’alaikum. After a while, I pushed the send button.

Then, it was written on the phone screen,



SENDING...



MESSAGE SENT






            I felt that half of my life has taken away with the message. It’s unbelievable. I’ve send one SMS and break up with you.

“Thanks bro,”

“No prob, it’s my responsibility.”

            That night is the longest night in my life. I slept with tears running all over my cheek . Unbelievable. Totally unbelievable. I have never thought of breaking up, but actually that is the best for us. Suddenly I recalled this verse 216 from Surah Al-Baqarah, chapter 2,

You may not like something which, in fact, is for your good and something that you may love, in fact, may be evil. God knows, but you do not know.




*****

            The time goes on. I try to make myself busy with anything else other than you. In order to forget about you, it is not easy, but I keep on trying. I always make tazkirah, remind others about the truth. I try to show them the right path according what I found in the Quran and Hadith I’ve learned. I ask them to change. Leave all the sins. Some of them accepted my da’wah. Some of them began to hate me. This time you are not there to hear my all sadness. But I’ve found a better place to lean, to Him, Allah The Al-Hearing.

One morning, after a long silence, I receive a SMS from you. You send me a picture of a flower. And at the end you wrote,

"As beauty as the first touch...




I can feel that you still can’t stop thinking about us. I decided to emphasize my statement. And then I send you the SMS. And it was the last.


"Nothing is more beauty than having Allah’s Redha, Mardhatillah..without without Mardhatillah everything  is useless, even the beauty of the first touch...

Assalamu’alaikum..I know I’ve said that if we we written to be together, insya-Allah we will meet in the end. But I hope you are not waiting for it. Forget about me. Let Allah do His job.

One more thing,

Don’t seek for human’s love..
It is full with betrayal,
Full of frustration,
and it is temporary.

But,

Seek for Allah’s love,
It is full of loyalty,
Full of satisfaction,
and it is eternal.

That’s the eternal and perfect love,
The Ultimate Love...

-The Last-“

[SEND]



[SENDING...]



[MESSAGE SENT]









I’ve made up my mind. And I’m very sure that what I’m doing is right. I do this for Mardhatillah. Allah will give me in return, something which is the best for me. And I will never turning back.

NEVER…FOREVER AND EVER…







[In the nature of things,] corrupt women are for corrupt men, and corrupt men, for corrupt women - just as good women are for good men, and good men, for good women. [Since God is aware that] these are innocent of all that evil tongues may impute to them, forgiveness of sins shall be theirs, and a most excellent sustenance!
[An-Nuur, 24:26]


Read more...

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP